- Bentong, Pahang
- Buka Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
Selamat Datang Ke Klinik Anda Bentong
Mencari Klinik Bentong yang dibuka setiap hari?
Kami buka setiap hari. Tak perlu tunggu, terus datang jika rasa tidak sihat. Kesihatan anda keutamaan kami.
16
Jam
Kami beroperasi 16 jam setiap hari di Bentong untuk rawatan kecemasan dan keperluan anda.
10+
Jenis Rawatan
Pelbagai rawatan disediakan dari pengurusan berat badan, sedut kahak, ujian darah, medical checkup dan suntikan typhoid.
450+
5-Star Google Review
Dinilai tinggi oleh pesakit yang berpuas hati dengan layanan mesra dan rawatan kami.
Kenapa Memilih Klinik Anda Bentong
Rawatan am & kecemasan
Kami menyediakan rawatan am dan kecemasan setiap hari untuk semua peringkat umur.
Doktor & staf yang mesra.
Doktor dan staf kami sentiasa mesra, prihatin dan sedia membantu setiap pesakit.
Perkhidmatan pantas & harga berpatutan.
Rawatan diberikan dengan cepat, berkualiti dan pada harga yang berpatutan.
Klinik Selesa Macam Hotel 5 bintang
Ruangan menunggu dilengkapi sofa kulit lembut dan selesa disamping wangian hotel yang disembur setiap masa.
Rawatan Klinik Kami
Rawatan Perubatan Am
Rawatan harian untuk demam, batuk dan lain-lain
Penjagaan Ibu
Pantau perkembangan ibu dan bayi dengan selamat
Masalah Wanita
Penjagaan wanita menyeluruh, selesa dan profesional
Sedut Kahak & Nebuliser
Legakan pernafasan untuk kanak-kanak dan dewasa
Rawatan Penyakit Kronik
Pantauan rapi untuk kesihatan jangka panjang stabil
Vaksinasi & Imunisasi
Lindungi diri dan keluarga dari penyakit berbahaya
Rawatan Luka
Luka dirawat bersih, cepat sembuh, risiko jangkitan rendah
Ujian Darah
Pelbagai ujian untuk semakan kesihatan menyeluruh
Pembedahan Kecil
Prosedur ringan dengan pemantauan doktor berpengalaman
Klinik Pilihan Anda di Bentong
Tentang Kami
Klinik Anda Bentong ialah klinik perubatan di Bentong, Pahang untuk rawatan pesakit luar dan penjagaan kesihatan keluarga. Kami menyediakan rawatan demam, batuk dan selesema, pemantauan diabetes serta darah tinggi, pemeriksaan kesihatan, ujian darah, ECG dan nebuliser.
Perkhidmatan turut merangkumi scan baby, ultrasound kehamilan dan abdomen, buka buku pink, vaksinasi termasuk vaksin tifoid, pemeriksaan perubatan GDL dan PSV, pemeriksaan serta cuci telinga, dressing luka dan rawatan kuku cagu. Program pengurusan berat badan disediakan dengan penilaian dan pemantauan doktor.
Dengan kemudahan pemeriksaan dan pelbagai rawatan di satu lokasi, kami membantu memenuhi keperluan kesihatan masyarakat Bentong dan kawasan sekitar.
- Visi
Menjadi klinik pilihan utama komuniti Bentong dengan rawatan yang mudah, berkesan dan dipercayai, berteraskan penjagaan doktor yang profesional dan berfokus kepada hasil sebenar pesakit.



















Review 5 Bintang Dari Pesakit
Mereka Berpuas Hati Dengan Servis Kami










Doktor Klinik Anda Bentong

Dr. Aisyah Nabilah Binti Abdul Rahman
Dr Aisyah Nabilah (MBBS, USIM) ialah seorang GP dan pengarah klinik dengan lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perubatan. Berpengalaman di Hospital Temerloh (Jabatan Kecemasan) dan klinik swasta, beliau memberi fokus kepada weight management, penjagaan ibu-ibu, dan pengurusan penyakit kronik.
Dengan pendekatan holistik dan sifat yang mesra, Dr Aisyah komited memberikan rawatan yang selesa, efektif dan sesuai untuk seisi keluarga.

Dr. Muhammad Aliff Asyraf Bin Shaifuddin
Dr. Muhammad Aliff Asyraf bin Shaifuddin (MBBS USIM) merupakan doktor yang berpengalaman dalam pengurusan penyakit kronik dan penjagaan luka. Beliau pernah berkhidmat di Hospital Temerloh dan Hospital Bentong sebagai Pegawai Perubatan.
Dikenali dengan pendekatan yang mesra dan penerangan yang jelas, Dr. Aliff percaya setiap pesakit berhak memahami rawatan mereka dan menerima rawatan yang sesuai dengan keadaan individu.
Panel Klinik Kami
Ada masalah kesihatan?
jangan tunggu lagi, Dapatkan rawatan anda bersama kami
Kami boleh bantu anda. Whatsapp Kami Sekarang!
- Dibuka Setiap Hari
- Servis Lengkap & Holistik
- Staff Mesra & Berpengalaman
- Rawatan Cepat, Berkesan & Mudah








